Lagu

Thursday, 28 August 2014

Latar Belakang Kemerdekaan



assalamualaikum... Merdeka Merdeka Merdeka...itulah teriakan keramat rakyat malaysia...Pernahkah anda terfikir bagaimana keadaan kita merdeka...saat kegembiraan kita semua..mari kita ketahuinya.




Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.




Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.

Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakanMERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.

Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain tlh dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.

Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 .

Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sblm tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .



Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selaindrpd menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dgn dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah.

Kronologi Kemerdekaan

Hai berjumpa lagi kita ehh.. kita semua thu bila negara MALAYSIA yang tercinta ini merdeka tapi adakah kita tahu kronologi kronologi kemerdekaan ini??..Saya pasti tidak rmai yang mengetahui nya..jom kita baca tentang kronologi ini

+Sebelum peristiwa berlaku:


Satu rombongan yang terdiri daripada Parti Perikatan dan wakil-wakil raja Melayu ke London bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Rundingan dilakukan sebanyak 2 kali.Persetujuan telah dicapai dalam suasana yang mesra dan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah diumumkan pada 31 Ogos 1957 di Padang Hilir, Melaka.



+Peristiwa yang berlaku:


Pada malam 31 Ogos 1957, ribuan ahli-ahli UMNO dan orang ramai berkumpul. Tepat jam 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan, digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar, laungan 'Merdeka' kedengaran.

31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama. Beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

+ Selepas peristiwa berlaku:




Pada 10 September 1957, Tunku Abdul Rahman mempengerusi mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama selepas merdeka.

Pilihan raya Persekutuan telah diadakan pada tahun 1959. Tunku Abdul Rahman memimpin parti UMNO. 28 Jun 1960 Tunku Abdul Rahman mengisytihar bunga raya sebagai Bunga Persekutuan Tanah Melayu.

Wednesday, 27 August 2014

Senarai Perdana Menteri Malaysia





 PERDANA MENTERI PERTAMA
NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970




PERDANA MENTERI KEDUA
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976




PERDANA MENTERI KETIGA
NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981



PERDANA MENTERI KEEMPAT
NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003




PERDANA MENTERI KELIMA
NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya




PERDANA MENTERI KEENAM
NAMA:Mohd Najib bin Abdul Razak
TEMPOH BERKHIDMAT: 3 April 2009 - Kini
ANAK: 5 Orang
ISTERI: Rosmah Mansor

Asal Usul Bendera Jalur Gemilang



     Hai berjumpa lagi kita kali ni.. Adakah anda semua tentang asal usul bendera kebangaan kita iaitu JALUR GEMILANG?? Jom kita belajar tentang bendera kebangaan kita.
    

     Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkenaan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
    

     Satu pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. 373 orang telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini dan tiga rekabentuk bendera telah dipilih ke peringkat akhir.


     Sebelum memilih rekabentuk bendera yang menjadi juara, Majlis Perundangan Persekutuan telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat masing-masing tentang rekebentuk yang disukai oleh mereka. Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The Malay Mail.

     Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.




    Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan.


     Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.
     Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.




     Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

     Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

     Walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)




    

 Bagaimana Bendera Malaysia mendapat nama Jalur Gemilang?
Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris mencadangkan bendera Malaysia diberikan nama rasmi
    

     Cadangan beliau itu kemudiannya telah diusulkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Jawatankuasa itu kemudiannya ditukar menjadi, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.

   Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

     Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’.

     Nama Jalur Gemilang di ilhamkan oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md. Redzuan Bin Tumin Pegawai Dari Jabatan Muzium Antikuiti.

Thursday, 21 August 2014

Suasana "Sebelum" dan "Selepas" Merdeka !

Banyak berbezaan antara sebelum dan selepas Merdeka. Selepas merdeka, negara Malaysia semakin maju.


                    Sebelum Merdeka                                              Selepas Merdeka

       
* BANGGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD*


                      Sebelum Merdeka                                           Selepas Merdeka

   
*SEKOLAH*


                    Sebelum Merdeka                                                      Selepas Merdeka   
*RUMAH*


                    Sebelum Merdeka                                            Selepas Merdeka
             
*PENGANGKUTAN*

                   
                     Sebelum Merdeka                                           Selepas Merdeka
                                                    
*PEKERJAAN*

Asal usul lagu "Negaraku"

  Hai semua ! "Lagu Negaraku"ini sebenarnya berasal dari kepulauan Hawaii dari lagu Inggeris bernama "Mamula Moon" yang dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn.Lagu ini pula di ubah oleh Indonesia dan menukarkan nama lagu kepada"Terang Bulan". Kemudian Kerajaan Negeri Perak mengistiharkan lagu ini lagu negeri perak .


Lirik lagu "Negaraku

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju.

Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.

Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.


Kronologi Penjajahan di Tanah Melayu

          
Alfonso De Albuquerque 
 - 24 OGOS 1511
 - PORTUGIS

       
Belanda dibantu oleh Sultan Johor (1641)
 - BELANDA

     
Francis Light (1786)
- BRITISH

   
Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita
 - 8 DISEMEBER 1941
 - JEPUN

   
Tunku Abdul Rahman 
   - 31 OGOS 1957
     - MERDEKA !!!